Tuesday 26 February 2013

Tentang Rumah Warisan






Rumah ini dibina pada tahun 1922 oleh Allahyahrham Haji Bachee bin Ahmad. Di rumah ini beliau dan isterinya Allahyarhamah Napisah binti Omar membesarkan empat cahaya mata mereka. Arwah Haji Bachee telah menerima anugerah pingat Jaksa Pendamai (JP) semasa pemerintahan British di atas jasa yang telah disumbangkan kepada penduduk setempat. 



Pandangan sisi rumah

Antara sumbangan Allahyarham yang masih kekal sehingga hari in ialah Sekolah Tinggi Melaka, surau di Banda Kaba dan beberapa masjid dan surau di Pulau Pinang. Allahyarham turut menyumbang dalam peruntukan membina jalan raya yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Meng Seng sehingga ke Pengkalan Rama dan Jalan Bendahara.



Keratan akhbar di atas menunjukkan penghargaan yang diberi kepada Allahyarham Haji Bachee atas sumbangan beliau kepada pembangunan Sekolah Tinggi Melaka.


Pandangan sisi rumah

Rumah kolonial ini telah diwariskan kepada anak perempuan Allahyarham iaitu Khatijah binti Haji Bachee bersama suaminya O.A Jamal Mohamed. Setelah Khatijah Haji Bachee meninggal dunia, rumah ini diwarisi oleh Encik Abdul Alim bin Jamal Mohamed. Beliau merupakan generasi ketiga yang menghuni rumah ini.




Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)


JAPERUN telah ditubuhkan bagi membantu kerajaan negeri di dalam merancang dan memperbaiki pembangunan di tempat-tempat tertentu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri.Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai JAPERUN yang tersendiri. Terdapat sejumlah 23 JAPERUN di negeri ini yang dipengerusikan oleh YB ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan tersebut.

Ahli JAPERUN terdiri daripada:
  • Pengerusi - pengerusikan oleh YB ADUN kawasan
  • Setiausaha - Setiausaha JAPERUN
  • terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di setiap kawasan dan wakil dari jabatan kerajaan.

Tugas JAPERUN:

  • Membincangkan serta merancang program pembangunan / projek bagi meningkatkan taraf ekonomi dan juga taraf kehidupan kumpulan berpendapatan rendah.
  • Membincangkan keperluan untuk mengadakan lebih banyak semangat bergotong-royong di dalam masyarakat kampung terutama terhadap projek seperti membaikpulih masjid, surau, dewan orang ramai dan sebagainya.
  • Membincangkan aspek yang melibatkan keselamatan kampung seperti ancaman penyalahgunaan dadah, pendatang haram dan cara-cara untuk mengatasinya.
  • Membincangkan cara untuk meningkatkan taraf akademik di dalam kampung-kampung tertentu.













Saturday 23 February 2013

Barangan Antik

Di rumah warisan ini turut terdapat beberapa barangan antik yang menarik dan sukar untuk didapati pada zaman teknologi ini.




Terdapat kisah yang cuba disampaikan melalui ukiran yang terdapat pada almari lama ini. Jika dilihat secara teliti, berkemungkinan kisah yang ingin disampaikan adalah mengenai pembukaan Melaka yang telah sampai ke pengetahuan Maharaja Ching Yung Lo. Maharaja Yung Lo telah memerintahkan Lakasamana Yin Ching pergi ke Melaka bersama pengikut-pengikutnya pada tahun 1903. Kemudian, Laksamana Cheng Ho pula yang menyusul ke Melaka dan diikuti oleh lawatan Maharaja Cina dan dengan lawatan tersebut terjalinlah hubungan diplomatik antara China dan Tanah Melayu. 





Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 – 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.




Antara koleksi pinggan mangkuk yang terdapat dalam rumah warisan tersebut.



Reka bentuk pintu hadapan rumah mempunyai anyaman yang menarik. 


Dinding rumah ini diperbuat dari gentian kaca berwarna hijau dengan ukiran yang timbul amat sukar didapati pada zaman sekarang.


Ini adalah pasu perhiasan lama yang mempunyai ukiran yang timbul.



Hiasan yang terdapat pada satu sudut di rumah warisan ini.


Hiasan yang terdapat di cermin berbentuk seakan-akan seekor burung.




Gambar di atas menunjukkan meja belajar yang pernah digunakan oleh Allahyarham Hj Bachee pada zaman pemerintahan British tidak lama dahulu. Meja ini unik dan jarang dijumpai pada zaman ini.


Ukiran yang terdapat pada almari baju ini sangat menarik kerana berunsurkan alam semulajadi dengan ukiran yang berbentk bunga dan burung.




Wednesday 16 January 2013

Menjengah ke Rumah Warisan




Keratan akhbar yang menceritakan tentang asal-usul kewujudan rumah ini dan tentang pemilik asalnya, iaitu arwah Hj Bachee bin Ahmad yang merupakan seorang usahawan yang berjaya pada masa itu.


Salasilah Keturunan Keluarga Encik Abdul Alim


Terdapat kisah menarik mengenai bagaimana kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu yang diukir di almari antik ini. Pada setiap bahagian mempunyai ukiran yang berbeza.









Harga jubin atau marmar ini dikatakan bernilai dalam lingkungan USD$200 setiap satu.


Pemilik ini telah menukar beberapa keping jubin ini kepada jubin yang seakan-akan sama coraknya kerana jubin tersebut telah rosak dimamah usia. 

Tempat Menarik Sekitar Kampung Bukit Cina

Perigi Hang Li Po




Perigi Raja (Perigi Hang Li Po) ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri beliau, Puteri Hang Li Po, seorang puteri dari negara China. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).



Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Po.




Waktu operasi:
Setiap Hari: 7.00 pagi - 7.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Tokong Poh San Peng
Bukit China
Tel: +606-282 9343

sumber: www.melaka.gov.my

Monday 14 January 2013

Peta Menuju ke Rumah Warisan Abdul Alim Kampung Bukit Cina (dari Plaza Tol Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin)


View Larger Map

Susur keluar dari Lebuhraya Ayer Keroh ke Rumah Warisan Abdul Alim Kampung Bukit Cina mengambil masa selama 21 minit kerana jarak perjalanan sepanjang 14.0 km.





View Larger Map

Susur keluar dari Plaza Tol Jasin mengambil masa 41 minit kerana jarak perjalanan untuk sampai ke Rumah Warisan Kampung Abdul Alim Bukit Cina adalah sepanjang 36.1 km.




View Larger Map


Susur keluar dari Plaza Tol Lor Gajah mengambil masa 17 minit kerana jarak perjalanan untuk sampai ke Rumah Warisan Kampung Abdul Alim Bukit Cina adalah sepanjang 12.2 km.