Tuesday 26 February 2013

Tentang Rumah Warisan






Rumah ini dibina pada tahun 1922 oleh Allahyahrham Haji Bachee bin Ahmad. Di rumah ini beliau dan isterinya Allahyarhamah Napisah binti Omar membesarkan empat cahaya mata mereka. Arwah Haji Bachee telah menerima anugerah pingat Jaksa Pendamai (JP) semasa pemerintahan British di atas jasa yang telah disumbangkan kepada penduduk setempat. 



Pandangan sisi rumah

Antara sumbangan Allahyarham yang masih kekal sehingga hari in ialah Sekolah Tinggi Melaka, surau di Banda Kaba dan beberapa masjid dan surau di Pulau Pinang. Allahyarham turut menyumbang dalam peruntukan membina jalan raya yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Meng Seng sehingga ke Pengkalan Rama dan Jalan Bendahara.



Keratan akhbar di atas menunjukkan penghargaan yang diberi kepada Allahyarham Haji Bachee atas sumbangan beliau kepada pembangunan Sekolah Tinggi Melaka.


Pandangan sisi rumah

Rumah kolonial ini telah diwariskan kepada anak perempuan Allahyarham iaitu Khatijah binti Haji Bachee bersama suaminya O.A Jamal Mohamed. Setelah Khatijah Haji Bachee meninggal dunia, rumah ini diwarisi oleh Encik Abdul Alim bin Jamal Mohamed. Beliau merupakan generasi ketiga yang menghuni rumah ini.




Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)


JAPERUN telah ditubuhkan bagi membantu kerajaan negeri di dalam merancang dan memperbaiki pembangunan di tempat-tempat tertentu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri.Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai JAPERUN yang tersendiri. Terdapat sejumlah 23 JAPERUN di negeri ini yang dipengerusikan oleh YB ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan tersebut.

Ahli JAPERUN terdiri daripada:
  • Pengerusi - pengerusikan oleh YB ADUN kawasan
  • Setiausaha - Setiausaha JAPERUN
  • terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di setiap kawasan dan wakil dari jabatan kerajaan.

Tugas JAPERUN:

  • Membincangkan serta merancang program pembangunan / projek bagi meningkatkan taraf ekonomi dan juga taraf kehidupan kumpulan berpendapatan rendah.
  • Membincangkan keperluan untuk mengadakan lebih banyak semangat bergotong-royong di dalam masyarakat kampung terutama terhadap projek seperti membaikpulih masjid, surau, dewan orang ramai dan sebagainya.
  • Membincangkan aspek yang melibatkan keselamatan kampung seperti ancaman penyalahgunaan dadah, pendatang haram dan cara-cara untuk mengatasinya.
  • Membincangkan cara untuk meningkatkan taraf akademik di dalam kampung-kampung tertentu.













No comments:

Post a Comment